Sunday, October 17, 2010

Terima kasih

Ringkas jawapan sama sama aku ingin sekali menerima.Sindiran dan hasad diketepikan itulah namanya persahabatan, percintaan menjadi jalan pengasaran sudah menjadi lumrah kehidupan jauh sekali ingin menempah nama lupa berdampingan.Rezeki dicari disiang hari malam mengejar segulung kertas maya yang akan menjadi realiti namun dianggap obses terhadap pujaan hati kerana tidak berdampingan seperti dahulu kala lagi.Kawan dan sahabat adalah definisi yang berlainan dalam prinsip hidup ini.Aku bersyukur mempunyai sahabat yang memahami kehidupan sahabatnya dikala ini.Thanks brother.Kawan, aku tak perlukan perlikan yang sinis tidak berbaloi sekali pemikiran kurang fikiran dalaman untuk dijadikan habuan.Kesibukan di salah erti lupakan kawan walhal masa yang tidak mengizinkan wahai kawan yang ketandusan perhatian.Hati terasa ingin menjadi luar biasa yang boleh memenuhi kehendak semua dan aku cuba berkali kali masih tidak menjadi jadi tapi aku tidak patah hati biarpun gagal akan kucuba lagi.Terima kasih kepada yang memahami.

BE MATURED DON'T BE TOO CHILDISH.

Wednesday, September 22, 2010

Hati

Kegelisahan, kedukaan dan airmata adalah sebahagian dari sketsa hidupku di dunia. Titisan airmata yang bermuara dari hati ini dan berselaputkan kegelisahan jiwa terkadang memilukan hatiku, hingga membuat diriku resah dan bimbang..
Kedukaan kerana kerinduan yang teramat sangat menyebabkan kepedihan yang menyesakkan rongga di dada ini.. Jiwa yang rapuh pun berkisah pada alam serta isinya, bertanyakan bagaimanakah keadaanmu disana.. Lalu hati menciptakan serpihan kegelisahan, bagaikan anak kecil yang hilang dari ibunya di tengah keramaian.

Masih ku ingat bayang wajahmu, damai terasa saat berada didekatmu.. Kau berikan segala yang ku inginkan kadang-kadang ku tahu itu tak mungkin ku dapatkan.. Dalam sepi yang kini kurasa, kuingin kau ada disini.. Memori bersamamu takkan pernah lupa kan ku ukir indah di dalam dada.. Sampai kapan pun akan selalu ada di dalam hatiku dan di dalam jiwaku wahai sayang..

ku rindu senyum mu, kurindu gurauan mu, ku rindu segala kasihmu.
ku rindu belaimu, kurindu peluk mu, kerindu segala cintamu.

Andai dapatku undurkan masa akan ku hargai setiap detik bersamamu.. Tapi kini kau telah pergi meninggalkanku.. Aku doakan kau bahagia disana, aku doakan kau aman di tempatmu kini, aku dan yang lain sentiasa mengingatimu.. Maafkan segala dosa yang dilemparkan kepadamu dan kini aku amat merindui saat dan kenangan bersamamu.. Aku menjaga dan menyayangi kekasihmu disini sepenuh hati janganlah kau ragu. Kini aku amat merinduimu wahai abah..

"dari anakmu addi hamimi"




ARWAHYARHAM ABDUL HAMID BIN AHMAD…AL-FATIHAH.

Tuesday, August 17, 2010



Bermulanya aku dari setitik, menjalur kepada garisan dan terbentuknya rupa dan menjadikan hidup daripada permulaan yang berbagai tone dan warna yang mewujudkan ruang yang baru dalam hidupku. Bermulanya aku keluar dari kelongsong manusia yang berhati mulia bergelar ibu.

Perlahan – lahan aku mengorak langkah. Belajar mengenal erti kehidupan yang fana, dan detik demi detik aku melihat mereka membanting tulang, mengerah keringat cuba sebaik mungkin membesarkan aku. Keikhlasan mereka memberi ruang dan waktu belajar ilmu duniawi dan akhirat. Serba lengkap, serba cukup. Sayangnya, di kala mereka tenggelam dalam kesusahan mencari nafkah dan menyara hidup, aku hanya beridiri kaku ketika itu tanpa mampu lakukan apa apa. Malah aku menambahkan beban yang ada dari hari demi hari. Aku sudah mula melawan kata mereka sejak itu, tinggikan suara terhadap mereka. Sungguh pun begitu, syukurlah aku sepenuhnya, mereka masih dan akan tetap menyayangiku.

Di usia remaja ini,aku semakin hanyut menongkah arus ke kiri. Dengan sengaja aku mengotorkan norma – norma islam yang sudah lama tercorak indah. Demikianlah yang nyata, imanku hanyalah senipis kulit bawang, serapuh buih – buih yang berterbangan. Dengarlah dunia, dikala itu perempuan menjadi kesukaanku, maksiat pula kegemaranku. Sungguhpun aku sendiri tidak mahu mengakui. Namun inilah kebenaran yang mungkin aku cuba sorok dari mata – mata yang memerhati. Tapi percayalah satu bicara ini, najis dadah dan kencing iblis itu tidak pernah berjaya memujuk imanku untuk bermain dengan mereka. Nyah kau dariku!

Zaman sekolah telah tamat. Dengan ilmu yang masih cetek aku telah dihantar menyambung pelajaranku di Kuala Lumpur. Hidup di kota seperti itu sudah tentu penuh dengan cabaran dan aku semakin jauh hanyut terbuai dengan maksiat. Pelajaranku langsung diendahkan. Tidak terdetik sedikit pun hatiku mengasihani ibuku. Aku tidak menggunakan wang yang dikirim dengan sebaiknya. Aku hanya mampu minta wang untuk berbelanja walaupun terpaksa menipu bagi mengisi poket yang kekeringan ketika itu. Maksiat tetap menjadi rutin hidupku ianya semacam tidak boleh dipisahkan. Aku pasrah, dan sekali lagi aku jatuh kecundang ditengah jalan. Aku gagal dalam pelajaranku.

Usia semakin berlari meninggalkanku, dan kerana usia ini aku sedar, aku harus memiliki sesuatu, segulung ijazah. Berbekalkan ijazah, mungkin aku mampu mengubah corak hidupku dan ianya hidup yang masih terlalu banyak perlu diperbaiki.Dengan izin yang maha Esa, pintu hatiku kini terbuka kembali untuk menimba ilmu. Aku kembali belajar. Dan insyaallah, tidak mungkin aku sia – siakan peluang kali ini. Hijrah kali ini benar – benar berbekas di hati. Ingin aku lari jauh dari nostalgia gelap yang lalu.Aku ingin berubah dan inilah hijrah. Berhijrah untuk masa depan.